Pertanyaan khabar bertukar duka .. Abang Man maut tragis ditembak kejam (8Gambar)

Gerik : Sungguh tidak disangka oleh seorang Ejen insuran yang dikenali dengan nama Zaidi atau Eddie pertanyaan khabar kepada salah seorang pelanggan nya mendapat khabar duka.

Mengikut Eddie insan yang dikenali nya lebih 7 tahun itu diberitakan telah meninggal dunia dengan tragis ditembak dengan kejam, arwah seorang insan yang sangat baik suka bantu orang kata Eddie melalui laman sosialnya.

Mangsa yang dikenali dengan nama Kamarulzaman Safri, 38, atau lebih mesra dengan nama Man Bas maut akibat tiga kesan tembakan ditemui di bahagian kepala, dada dan perut mayat lelaki yang ditemui di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, mayat Man ditemui orang awam dalam keadaan lengkap berpakaian berhampiran Motosikal kuasa tinggi milik nya.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam tadi untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tembakan di bahagian kepala.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, NSTP melaporkan hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui tiga kelongsong dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki berhampiran mayat mangsa,semoga isteri arwah tabah dengan apa yang berlaku.Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?