Pulang Selamanya Di Tangisi .. Ajal Anak Tahfiz Ini Semasa Pulang Ke Kampung Menjelang Ramadhan (8gambar)

Ipoh : Hasrat seorang pelajar Mahaad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi Mantin pulang ke kampung menjelang Ramadhan dijemput oleh pemandu keluarga nya bertukar tragedi apa bila dia dan pemandu nya terlibat dalam kemalangan semalam.

Adik Zulfaqar Khirul Nizam, 13, dilaporkan tidak sihat semasa di Pusat Tahfiz nya oleh itu keluarga nya di Ipoh telah menghantar pemandu keluarga nya untuk menjemput Adik Zulfaqar pulang ke Ipoh diperjalanan itu lah mereka terlibat kemalangan.

Harian metro melaporkan 2 termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 3.10 petang itu, penumpang, Zulfaqar , maut di lokasi kejadian manakala pemandu Mitsubishi Triton, Ahmad Zhafran Yunus, 22, beralamat di Taman Sri Intan, Gemencheh, Negeri Sembilan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, 20 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan antara pacuan empat roda dinaiki dua mangsa dan lori dipandu lelaki berusia 44 tahun yang tidak cedera.

 

Beliau berkata, mangsa berusia 22 tahun dipercayai baharu mengambil anak majikannya pulang dari sekolah dan dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Menglembu manakala lori berkenaan dari arah bertentangan.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan berpusing memasuki ke lorong bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian merempuh bahagian hadapan lori di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ali berkata, berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa tersepit namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pemandu dikeluarkan anggota bomba dan dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 3.30 petang.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan arwah adik Zulfaqar di Pusat Tahfiz antara yang amat sedih adalah Azma Afiq yang merupakan kawan baik arwah semoga roh nya dan Ahmad Zhafran tenang disana. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?