Pulang selamanya selepas MC .. Ajal Fadhil Yamaha R25 nya rempuh lori (8Gambar)

Rawang : Fadhil tidak sihat dia telah mendapat rawatan doktor dan telah mendapat cuti sakit (MC) diperjalanan pulang kerumah untuk berehat motosikal Yamaha R25 yang ditunggang rempuh lori.

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan sekerjanya ini lah diceritakan oleh mereka sebelum mendapat tahu yang rakan baik mereka kemalangan semasa pulang selepas MC.

Harian Metro perkerja farmasi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pintas Rawang dari Templer Park ke Serendah, petang tadi.

Dalam kemalangan pada 4.04 petang itu, mangsa Muhammad Fadhil Abdul Rahim, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang bergerak perlahan di kawasan berbukit di laluan itu.

Katanya, berikutan itu, mangsa merempuh bahagian belakang kanan lori terbabit menyebabkannya jatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di badan serta kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Pemandu lori berusia 44 tahun pula tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,semoga arwah fadhil tenang disana dan keluarga tabah. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?