Rehat Lah Sayang Air Mata Tidak Cukup Tangisi Permergian Mu .. Ajal Dr Azim Awal Puasa Di Perjalanan Bertugas (8gambar)

Jempol : Disaat Bulan Ramadhan bertandang disaat itu pula kesedihan menyelubungi Dr Amalina Ismail isteri kepada Dr Azimuddin Isamai,29, yang meninggal dunia akibat kemalangan diperjalanan bertugas pada hari pertama ramadhan.

Melalui laman sosial nya Dr Amalina mewawarkan yang suami nya telah tiada pergi dijemput ilahi semasa dalam perjalanan untuk bertugas,segala luahan itu mengudang pilu insan-insan yang mengenali Dr Azim yang disifatkan mereka seorang Dr yang sangat baik dan amat disenangi.

Berita Harian melaporkan seorang doktor maut apabila kereta dipandunya terbabas di kilometer Jalan Palong Sembilan, 10 dan 11 di sini, jam 9.35 pagi khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata mangsa, Azimuddin Ismail, 29, dan berasal dari Kajang, Selangor dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan FELDA Palong.

 

Katanya, mangsa yang memandu PERODUA Viva dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Siasatan mendapati mangsa gagal mengawal keretanya lalu berpusing beberapa kali dan terbalik di kanan jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dihantar ke Hospital Jempol dengan ambulans sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, ketika kejadian permukaan jalan kering dan tidak sibuk,Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga Dr Amalina tabah dengan dugaan ini mereka mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan semoga Dr Amalina kuat untuk membesarkan cahaya mata mereka walaupun tiada suami tersayang disisi. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?