Sehidup Semati .. Ajal Pengantin Baru Terkulai Dijalan Pada Hari Mengundi (8gambar)

Teluk Intan : Kegembiraan pasangan pengantin baru pulang kekampung nya di Teluk Intan bertukar duka apabila kedua-dua meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggang mereka di kampung telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Gajah Teluk Intan.

Mangsa Mohd Fitri Iskandar Sallehpudin dan isteri nya meninggal dunia ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggang mereka berdua bertembung dengan sebuah kereta.

Mangsa yang tinggal di Puchong pulang bersama keluarga ke Teluk Intan dipercayai untuk mengundi disana mangsa merupakan berkerja Nadi Putra di Putrajaya.

 

Paling menyedihkan mangsa baru melangsungkan perkahwinan pada febuari lalu dan baru 3 bulan hidup bersama sebagai suami isteri, apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan rakan-rakan yang mengenali mangsa suami isteri.

Punca sebenar kejadian kini dalam siasatan pihak berwajib, jenazah kedua-dua nya dihantar ke Hospital Teluk Intan dan akan dibawa pulang ke Puchong selangor.

Jenazah kedua nya selamat di semadikan di Tanah Perkuburan USJ 21, cinta mereka sehidup semati, 3 bulan bersama didunia kini mereka bersama disana selama-lamanya. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?