Selamat tinggal sayang … Ajal Syafiq dibawah lori angkara lori U turn mengejut (8Gambar)

Kuala Kubu Bharu : Bertabah lah wahai isteri disaat sedang menikmati saat bahagia bersama suami tersayang selepas setahun berkahwin suami tersayang pergi buat selamanya maut kemalangan.

“Kami baru saja sambut ulang tahun perkahwinan yang genap setahun Februari lalu, saya sedar dia tunggu saya siap untuk keluar bersama ke tempat kerja pagi tadi (semalam) walaupun kebiasaannya dia keluar lebih awal.

“Saya salam tangannya macam biasa tapi tidak sangka itu kucupan dan salam kami yang terakhir,” kata Siti Masitah Ishak, 29, isteri kepada Mohd Syafiq Irsyaduddin, 27, yang terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah lori, semalam.

Mohd Syafiq yang menunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di Kilometer 2, laluan pintas Serendah-Rawang arah Serendah, di sini, jam 7.30 pagi.

Mangsa adalah penyelia bahagian kawalan kualiti syarikat pengeluar kereta di Sungai Choh dan sudah berkhidmat sejak 2015.

Siti Masitah yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, berkata dia hanya mendapat tahu kemalangan menimpa suaminya dua jam selepas kejadian.

“Saya dihubungi bahagian sumber manusia syarikat tempat suami bekerja memaklumkan kejadian, namun ketika itu saya belum dimaklumkan mengenai ketiadaan suami.

“Tidak ada sebarang tanda yang saya nampak dia akan ‘pergi’ meninggalkan saya kecuali pagi tadi (semalam),” katanya yang menetap di Selayang.

Siti Masitah yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Sepang berkata, jenazah suaminya dibawa pulang ke kampung halamannya di Seberang Takir, Terengganu, untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bhak Pai berkata, kejadian berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Jinjang menghala ke Sunway Quari melalui jalan pintas Rawang-Serendah membuat pusingan U di kawasan berkenaan.

“Persimpangan itu tidak dibenarkan membuat pusingan U. Mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu lori itu sudah ditahan untuk diambil keterangan selain ujian saringan air kencing serta sampel darah, semoga mas tabah kehilangan suami tersayang. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?