Tiada lagi Koperal pencinta Kucing..maut rempuh Mpv keluar simpang mengejut (8Gambar)

Kuantan : Sedih dan sebak melihat sekujur tubuh kaku dijalan paling tersentuh melihat makanan kuching yang setiasa dibawa kemana sahaja untuk diberi pada kucing-kucing yang beliau jumpa berterabur dijalan disisi jasad nya yang terbujur kaku.

Arwah merupakan seorang pencinta kucing  dan bertugas di Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di simpang Jabor Lama, Semambu, Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa Koperal Norsham Ismail, 37, dikatakan dalam perjalanan ke IPK Pahang dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang berseorangan dari Jalan Semambu sebelum dilanggar pemandu Perodua Alza yang memandu keluar dari simpang untuk ke sebelah kiri secara mengejut.

“Akibat kemalangan terbabit, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

 

“Pemandu Perodua Alza Lam Seow Ming, 51, cedera di bahagian pipi kiri manakala isterinya Kong Mei Fen, 43, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera di belakang badan.

“Bagaimanapun anak mangsa Wong Wei Shen, 18, yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak cedera dan siasatan mendapati ketika kejadian keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya.

Beliau berkata, mayat anggota polis itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa meninggalkan isteri Wan Lyana Wan Mustafa dan seorang anak perempuan berusia lima bulan.

Jenazah Norsham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Changkat Jaya, Batu Gajah.

Mohd Noor berkata, polis turut mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga isteri arwah tabah. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?