Ibu Kim Jong Kook Mahu Calon Menantu Dari Malaysia, Tak Pasal-pasal Nama Sajat Pun Naik!

MH ingat lagi masa mula-mula terjebak dengan Running Man, Kim Jong Kook merupakan salah satu ahli ‘favourite’, bukan sahaja ada rupa tapi juga bijak dan kuat.

Dia ini adalah beberapa kali juga datang Malaysia, selain daripada majlis khas seperti konsert dan Fan-Meeting, MH dapat tahu dia juga pernah datang ke negara ini bersama ibunya.

Masa itu, memang kecoh lah, lagipun Jong Kook fasih berbahasa Inggeris. Seronok peminat dapat berborak dengan dia.

Baru-baru ini, Jong Kook bersama ibunya terlibat dalam satu rancangan realiti tv bertajuk ‘Lets Go With Momn In Malaysia’. Entah macam mana, ibunya bertanyakan mengenai ‘bakal menantunya’.

Agak melucukan apabila ibu Jong Kook secara bersahaja bertanyakan sama ada anaknya itu ada berkenan dengan sesiapa di Malaysia manakala muka idol tersebut sudah merah menahan malu.

Berikutan itu, MH cuba membaca komen-komen rakyat Malaysia mengenai perkara itu dan nyata ia sangat melucukan. Malah, tak pasal-pasal nama Sajat pun terpalit juga.

Apa-apapun, MH doakan semoga terbuka hati Jong Kook untuk berkahwin, mungkin dia tunggu Song Ji Hyo kot?

 

Sumber; Media Hiburan


Apa Kata Anda?