“Kalau PH menang, saya akan berlari pakai seluar dalam…” – Muat naik status di FB, lelaki ini tepati janjinya

Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) telah melabuhkan tirainya pada Rabu lepas dan umum mengetahui bahawa Tun Mahathir yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan sekaligus telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh malam tadi.

Terbaru, seorang lelaki yang berasal dari Sabah telah memuat naik statusnya di Facebook seminggu sebelum PRU berlangsung untuk menyahut cabaran sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14, dia akan berlari sambil memegang bendera Pakatan Harapan dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

Ternyata apa yang dikatakan itu, akhirnya membuahkan hasil dan ‘menepati janjinya’ itu.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebooknya iaitu, “Sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang, Saya berjanji akan berlari di sekitar jalan dengan hanya memakai seluar dalam sambil memegang bendera tersebut.”

Ternyata Pakatan Harapan telah memenangi PRU14 dan lelaki berkenaan telah membuktikan bahawa dia tidak ‘hanya cakap kosong’, sebaliknya dia  telah membuktikan bahawa status yang dimuatnaik itu adalah benar.

Sahut cabaran sendiri.

Rata-rata netizen telah memberi respon yang positif kerana lelaki berkenaan telah menepati janjinya untuk berlari dengan hanya memakai seluar dalam sahaja sambil memegang bendera Pakatan Harapan.

Janji ditepati, bro.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?