Kenali Shafizan Johari, wartawan yang menjadi tular di media sosial gara-gara mata kuyu

Bagi mereka yang terlibat dengan dunia media seperti wartawan, mereka ini merupakan antara golongan yang paling penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat denga pantas dan segera kepada masyarakat.

Terbaru, seorang wartawan Astro Awani iaitu Shafizan Johari kini menjadi viral dek kerana matanya yang sayu. Rata-rata netizen berpendapat bahawa beliau tidak cukup tidur dan kurang rehat kerana kesibukan masa untuk ‘mengejar’ berita-berita yang sedang hangat masa kini.

Rata-rata netizen telah memberikan pandangan masing-masing mengenai gambar tersebut.

Jom kenali Shafizan.

Nama penuh : Shafizan Johari

Asal : Kedah

Pendidikan : Universiti Teknologi MARA dalam bidang Komunikasi Massa sebagai Wartawan Ekonomi (2008)

Pekerjaan : Penyampai berita Bisnes AWANI (2009) dan ditukarkan ke Meja Berita (2011).

Minat : Isu mobiliti sosio-ekonomi, menulis mengenai penglibatan anak muda dalam keusahawanan

Namun kepada mereka yang hanya melihat gambar tersebut, jangan mudah menilai seseorang kerana beliau bukan seperti yang masyrakat sangkakan. Berikut adalah wajah ceria beliau.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?