Nak Cantik Bertudung? Nah Nadia Annuar Kongsi Tip Buat Korang!

Sekarang ini, MH lihat ramai wanita di Malaysia sudah mula mengenakan tudung, seiiring dengan perkembangan teknologi, tudung juga sudah menjadi trend hijabis untuk digayakan pelbagai rupa.

Kadang-kadang kita lihat gaya tudung yang digayakan orang lain nampak mudah dan kena dangan orangnya, tapi bila diri sendiri cuba… agak ‘hodoh’ rupanya.

Macam mana nak kelihatan cantik bertudung ya? Pengacara, Nadia Annuar, 34 tahun berkongsi tipsnya.

1.Guna gaya tudung serba sederhana & selesa dipakai.

Bagi Nadia, pemilihan tudung penting keranan jika ia tidak selesa dipakai akan membuatkan mood pemakai turut hilang. Kalau asyik nak kena betulkan tudung je, mana nak best kan?

2.Less is more…

Kalau dilihat banyak sangat gaya orang menggayakan hijab mereka, ada kalanya melebih sangat sampai kelihatan tak kemas dan comot pada di pemakai. Oleh itu, lebih mudah jika gayakan ‘simple’ sahaja tudung tersebut. Mudah kan?

3.Pilih corak atau motif mengikut kesesuaian wajah

Menurut Nadia, jangan terikut-ikut sangat trend sebab kita sendiri kena tahu style apa yang sesuai dengan wajah.

4.More kreatif tetapi jangan terlalu over.

Kita boleh bersikap kreatif tapi jangan sampai nampak pelik di mata sendiri. Tak salah kalau nak cuba style baru namun biarlah kena. Jangan sampai ‘viral’ sebab gaya tudung yang tah apa-apa.

5.Jangan lupa selfie!

Antara tips yang Nadia tekankan ialah ‘selfie’ setelah memakai tudung kerana katanya, apa yang kita lihat di gambar tersebut sama seperti mata orang lain nampak. Jadi kalau nak tahu tudung itu cantik ke tak kat wajah, kena ‘selfie’ ya.

6.Jangan malas untuk tukar tudung yang lebih sesuai.

Kalau dah ‘selfie’ dan tengok gaya itu tak sesuai, rajin-rajinkan diri untuk tukar gaya tudung tersebut. Tak mengapa kalau ia mengambil sedikit masa, kenalah ingat bahawa bukan senang nak jadi cantik ini.

Haa, tips pun dah dapat kan. MH harap para hijabis di luar sana dapatkan aplikasikan tips ini pada masa hadapan supaya dapat tampil lebih cantik setiap hari.

 

 

Sumber: Media Hiburan


Apa Kata Anda?