Setelah Seminggu Berteka-Teki, Akhirnya Asyalliee Dedahkan Wajah Bayi Lelakinya. Subhanallah, Memang Comel Haider Mikhael!

Seperti yang diketahui ramai, Asyalliee yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Syasya Solero’ telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Asyalliee telah melahirkan bayinya secara normal dengan bantuan induce.

Setelah hampir seminggu para pengikut Instagram (IG) Asyalliee berteka-teki dengan nama serta wajah anaknya, akhirnya Asyallie telah memaparkan wajah serta menukar nama anaknya di IG. Mengikut perkongsian di IG milik anaknya itu, nama yang telah diberikan ialah Haider Mikhael. Alahai, sedapnya nama! Haider merupakan nama kepada sahabat Nabi Musa as.

Foto: IG Haider Mikhael

Dalam IG milik Haider Mikhael, Asyalliee turut berkongsi beberapa keping gambar serta video yang memaparkan separuh wajah anaknya. Memang comel!

Jom kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Asyallie. Hijabista doakan agar Haider Mikhael membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Mikachu nyenyak dibuai mimpi selepas susu ???????? (Mikachu nama manja yang diberi oleh daddy nya and yes MIKA ambil daripada nama belakang dia ) #MyHappiness #Mylilboy #Mikamikachu #BabyHM #Day6berpantang

A post shared by ♡ A S Y A L L I E E ♡ 20y (@asyalliee) on

 

Sumber: Instagram Asyallie & Haider Mikhael / hijabista.com.my

 


Apa Kata Anda?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Comelnya Baby !! Asyalliee Dedahkan Wajah Bayi Lelakinya .. Subhanallah , Memang Cute Sangat Haider Mikhael! - Muka Buku Viral
  2. Comelnya Baby !! Asyalliee Dedahkan Wajah Bayi Lelakinya .. Subhanallah , Memang Cute Sangat Haider Mikhael! - Darling Suhana

Comments are closed.