[VIDEO] ‘Jangan Panggil Timoh’ – Versi Mok Cun Kena Marah Dengan Fatimah Ini Sangat Comel!

Telatah tiga beradik, Omar, Fatimah dan Ali yang bertutur dalam dialek Kelantan meskipun berada di luar negara telah menarik perhatian netizen. Mereka yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) kini sedang menetap di negara itu. Video mereka pada awalnya menjadi viral dek kerana kepetahan Fatimah bertutur dalam dialek Kelantan bersama ibu bapanya, selain itu Fatimah juga sangat bijak mengeluarkan idea bernas tanpa diajar.

Terbaru, menerusi laman instagram The Family UK, Fatimah nampaknya memarahi Mok Cun (Erma Fatima) yang memanggilnya dengan panggilan Fatimoh. Seperti yang semua sedia maklum, Fatimah memang sangat marah kalau orang tidak menyebut namanya dengan betul. Jangan sebut Timoh, Fatimoh. Panggil Fatimah! Haha comel

Mokcun kena marah?

Di dalam video yang dimuat naik instagram keluarga ini, Mok Cun dilihat dimarahi Fatimah kerana memanggilnya dengan nama panggilan yang tidak disukainya. Namun, selepas itu Fatimah menjelaskan bahawa dia tidak marah sebaliknya dia bercakap baik-baik hanya suaranya sahaja yang kuat. Alahai comel betullah!

Video sebenar

Wah senyum meleret nampaknya Fatimah setelah mendapat panggilan daripada Mokcun. Katanya Fatimah antara peminat Mokcun. Dan dia sangat teruja mendapat tahu Mokcun akan melawatnya suatu hari nanti. Yang pasti Fatimah berjanji akan masakkan menu istimewa iaitu Tom Yum!

Sumber : Ig Thefamilyuk

Kredit:KisahDunia


Apa Kata Anda?