Wow! Muzik Video Gadis Cendol Trending Top 10 Di YouTube

Tular di media sosial ketika ini mengenai sebuah video yang memaparkan seorang gadis yang dalam kepanasan dan kelaparan dengan aksi manja mahukan cendol. Malah penangan video tersebut yang turut ‘diajuk’ oleh beberapa artis terkenal turut membuatkan dirinya terkenal sehingga digelar gadis cendol.

Terima Pelbagai Tawaran

Siapa sangka sejak tularnya video tersbut, kehidupan gadis cendol atau nama sebenarnya Nur Anizah Tahang.

Beliau semakin dikenali dan sehingga kini menerima pelbagai tawaran termasuklah khabarnya kini turut mnenerima tawaran menjadi duta produk kecantikan daripada empat syarikat. Malah ramai yang tidak tahu, bahawa gadis cendol ini sememangnya berperwatakan manja!

Muncul Dalam Muzik Video

Terbaru, selepas menerima pelbagai tawaran, gadis cendol ini juga kini menjadi model muzik video terbaru artis dari Indonesia, Gabe Wely menerusi lagu ‘OK OK OK’. Dan seperti yang dijangka lagu ini kian tular. Sehingga artikel ini ditulis, Muzik Video ini sudah hampir 450 ribu tontonan dan Trending no 10.

Bukan salah kami, bukan salah gadis cendol, namun kuasa tular terletak di tangan anda para netizen yang berkongsi. Setuju?

 

Sumber: Hangat.com


Apa Kata Anda?