“Bersumpah undi BN . Baru dapat duit ni . Ini duit BN” duit tambang pilihanraya 14 enggan di agihkan jika tak undi BN

Pilihanraya umum yang ke 14 telah pun tamat dengan keadaan yang tidak disangkakan sekali . Akhirnya setelah lebih 50 tahun memerintah di Malaysia akhirnya kerajaan Barisan Nasional berjaya ditumpaskan oleh party pembangkang yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama gabungan party yang membentuk kerajaan baru iaitu kerajaan pakatan Harapan. Kini Tun Mahathir telahpun bergelar perdana menteri Malaysia buat kali yang kedua.

Namun bahang dan kesan dari pilihanraya ke 14 masih terasa apabila sehingga kini politik di Malaysia telahpun menjadi isu utama di Malaysia . Meskipun pilihanraya ke 14 telah lama tamat akan tetapi muncul sebuah video yang menjadi viral di media sosial apabila seorang lelaki menghalang beberapa pengundi yang balik ke kampung halaman mereka untuk menerima duit bantuan untuk pulang mengundi.

Didalam video yang diviralkan tersebut lelaki tersebut memberitahu bahawa orang ramai yang berada di kawasan tersebut tidak boleh mengambil duit bantuan tersebut dan syarat untuk mengambil duit bantuan tersebut adalah mereka perlu bersumpah yang mereka telah mengundi kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 14 baru baru ini . Ini menimbulkan kekecohan oleh orang yang berada di tempat kejadian kerana mereka ingin mengambil bantuan tersebut sepertimana yang dijanjikan oleh wakil rakyat di kawasan tersebut.

Video tersebut menjadi viral kerana lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan seolah olah seperti rahsuah yang dikatakan oleh SPRM sebelum ini . SPRM telah memberitahu bahawa duit yang diterima sekiranya dengan syarat mengundi party tertentu adalah rahsuah dan netizen mengutuk lelaki dalam video dan mengatakan bahawa duit Barisan Nasional adalah duit rakyat dan bukan duit party itu sendiri.

Sumber: AlertTVmalaysia

Video penuh:

Kredit; kotakmedia.host


Apa Kata Anda?