Gadis 10 Tahun Membesarkan Dua Adik Yang Masih Kecil Setelah Kematian Ayah dan Ibu yang Melarikan Diri

Anak perempuan akan matang lebih cepat dari lelaki kata pepatah lama, kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Natang, Cina ini membuktikan pepatah itu benar

Setelah beberapa tahun kematian bapa mereka akibat kanser dan ibu yang tidak bertanggungjawab melarikan diri, Xiao Ying antara yang paling besar dari tiga beradik ini menjadi ibu dan ketua keluarga kepada dua adik lelaki yang masih kecil

Tidak peduli sesukar mana pun hidup mereka, Xiao Ying tidak mahu adik lelaki mereka diambil apatah lagi untuk berpisah dengan mereka.

Setiap pagi Xiao Ying akan membawa adik lelakinya menberus gigi di luar rumah seperti yang diajar ibubapanya sebelum ini

Itu akan menjadi perkara rutin sebelum memulakan hari mereka

Anjing pakcik Xiao Ying menemani mereka ke sekolah

Setelah kehilangan ibubapa, mereka bertiga tinggal bersama dengan pakciknya

Xiao Ying menjadi murid yang bertugas untuk memberi makanan kepada pelajar yang lain. Mereka akan mendapat sekeping roti dan semangkuk bubur untuk sarapan pagi

Xiao Ying seorang kakak yang matang dan bertanggungjawab, dia akan menyimpan sedikit makanan untuk diberi kepada dua adiknya selepas pulang nanti

Xiao Ying juga merupakan seorang pelajar contoh kepada kawan-kawan yang lain disekolah serta kepada adik lelakinya

Selepas selesai bersekolah, Xiao Ying akan bergegas pulang ke rumah untuk membuat tugas seperti seorang ibu atau bapa, mengambil air di perigi, menyediakan makan malam, membasuh pakaian dan pelbagai kerja rumah yang lain.

Xiao Ying agak handal memasak kerana setiap hari melakukan tugasan yang sama. Dia akan menyediakan makanan sebelum dua adik lelakinya pulang dari sekolah.

Apabila selesai memasak, dia akan pergi menjemput dua adik lelakinya dari sekolah, dalam perjalanan pulang dia akan bertanya tentang pelajaran di sekolah. Adik Xiao Ying masih kecil, seperti kanak-kanak lain mereka cenderung untuk bermain air ketika pulang tanpa mengendahkan pertanyaan kakak mereka.

Air mata Xiao Ying akan mula menitik apabila adik lelakinya tidak mahu mendengar kata. Apabila Xiao Ying tidak tahan dengan perangai mereka dia akan memukul mereka tetapi adik lelakinya akan memukulnya kembali mungkin kerana beranggapan itu adalah kakaknya bukan ibu mereka

Setelah selesai makan, membuat kerja-kerja rumah yang lain, mereka bertiga akan pergi ke rumah pakcik mereka untuk tidur

kehidupan mereka sangat daif kerana tiada sumber kewangan dan masih kecil, pakcik Xiao Ying selalu memujuknya untuk memberikan kedua-dua adik lelakinya kepada keluarga lain untuk dijaga, Xiao Ying akan membantah dan memberontak jika menyebut tentang perkara itu.

Xiao Ying juga tidak suka jika ditanya tentang ibu mereka tetapi jauh di dalam hati anak kecil ini dia masih rindu dan mahu ibunya kembali kepada mereka

Pihak sekolah Xiao Ying mengadakan kutipan derma setelah mengetahui tentang kehidupan malang mereka, dia menggunakan wang kutipan derma itu dengan cermat untuk membesarkan adik beradiknya

Ketika menulis tentang kisah ini admin juga terasa sebak dan terkenang kehidupan anak yatim yang membesar tanpa ibu dan bapa. Semoga nasib Xiao Ying berubah suatu hari nanti dan semoga kita bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa yang sayang dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna

-ratusembang???? #nangisdibucumeja

 

 

Sumber: celotehsaje.com


Apa Kata Anda?