Kucingnya langsung tidak bergerak, tetapi pemilik kucing ini kemudian menyedari mengapa, dan mula tertawa

Sesiapa yang memelihara kucing tahu mereka mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk tidur di mana sahaja mereka mahu, bila-bila sahaja mereka mahu. Seperti dalam paparan video ini, malah gaya tidur kucing ini lebih hebat mengalahkan kita.

VIDEO:

Terdapat beberapa fakta pelik mengenai tidur kucing. Sebagai contoh, kucing tidur selama kira-kira 16 jam sehari – itu adalah 6 tahun bagi seekor kucing berusia 9 tahun. Mereka berupaya untuk bangun secara bebas pada bila-bila masa, memerlukan kira-kira tiga suku daripada waktu rehat mereka.

Namun bagi paparan video ini yang dirakam di Brazil, menunjukkan seekor kucing berbaring tanpa bergerak di bangku kayu. Membuatkan orang tertanya-tanya sama ada adakah ia telah mati?

Pemilik kucing tersebut cuba mengangkat dan menggerakkan kepala kucing tersebut, tetapi selepas setiap kali percubaan, ia tidak memberikan sebarang respon malah kepalanya kembali terjuntai dari bangku kayu.

Selepas seketika, kucing yang berada dalam paparan video ini rupanya sedang tidur nyenyak. Melihat sikap tidurnya yang begitu melampau, kita semua yakin bahawa walaupun penggera berbunyi sekuat manapun kucing ini tetap dalam keadaan dibuai mimpi.

Melihatkan aksi tidur kucing ini. Agaknya kita juga begini ketika bangun pada hari isnin, sebelum bersedia untuk bertolak ke pejabat bukan?

Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?