Mahathir pernah ‘ramal’ kejatuhan Umno

Meramalkan masa depan dengan tepat merupakan antara kebolehan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sebuah video sepanjang kira-kira 2 minit yang muncul di Youtube pada awal April tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan wajah yang lebih muda sedang memberikan ucapan yang meramalkan Umno tidak akan lagi berkuasa menjelang tahun 2020.

“Pada tahun 2020, Umno mungkin tidak berkuasa lagi kerana ditolak oleh orang Melayu sendiri kerana bosan dengan politik wang yang diamalkan oleh Umno.

“Saya fikir maksimum Umno boleh pi (pergi). Saya fikir sebelum itu juga kita lihat kualitinya merosot, sokongan kepadanya juga merosot

“Tetapi apabila Umno sudah lemah ditolak orang Melayu maka BN juga akan runtuh,” kata beliau.

Selain menyatakan rakyat meluat dengan politik wang, dalam video itu Mahathir juga meramalkan pemimpin Umno akan mementingkan perebutan jawatan masing-masing dan bukan berjuang untuk negara dan orang ramai.

Beliau berkata hal ini menyebabkan orang Melayu menolak Umno.

Bagaimanapun, Mahathir pada ketika itu tidak percaya Umno akan digantikan dengan parti pembangkang.

Kemenangan HARAPAN

“Malangnya yang akan menggantibukanlah parti lawan yang kita tengok sekarang. kerana parti melayu yang lain juga tidak akan mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri,” kata beliau dalam video tersebut.

Seperti yang diramal Mahathir, BN kalah pilihan raya untuk pertama kali pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kemenangan gabungan Pakatan Harapan pada PRU14 itu dipimpin tidak lain oleh Mahathir sendiri.

Mahathir berumur 92 tahun ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekali lagi, menjadikan beliau pemimpin paling berusia di dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?