Masih Ingat Pasangan Kembar Yg Pernah Menjadi Viral Suatu Ketika Dahulu? Asiya Dan Safiya,

Siapa sahaja yang tidak sukakan anak kembar. Ramai pasangan berkahwin amat berharap untuk dikurniakan dengan cahaya mata kembar supaya mereka mempunyai teman untuk membesar bersama.

Antara pasangan kembar yang begitu terkenal adalah Asiya dan Safiya yang berasal dari Moscow, Rusia. Dengan wajah yang begitu comel, bermata galak dan mempunyai rambut ikal mayang, kedua-dua si comel ini benar-benar mencuri hati penduduk seluruh dunia.

Malahan, kedua-dua Asiya dan Safiya juga sangat pemurah senyuman setiap kali aksi mereka dirakamkan di dalam video.

Tetapi jika dilihat secara sekilas pandang, anda pasti mengalami kesukaran untuk membezakan yang mana satu Asiya dan yang mana satu Safiya. Malah ibu mereka sendiri, Elya turut memaklumkan bahawa dia turut kadangkala mengalami kekeliruan untuk membezakan kembar yang cantik ini.

Dilahirkan pada tanggal 29 Januari 2014, Asiya dilahirkan dahulu 10 minit sebelum Safiya.

Di samping itu, kembar ini turut mempunyai kakak yang bernama Khadija dan Aisha yang juga sangat cantik dan comel. Mereka sekeluarga benar-benar diminati oleh ramai netizen terutamanya dari Malaysia, Indonesia, Rusia dan pelbagai negara lain.

Lihat beberapa video comel pasangan kembar Asiya dan Safiya yang tidak lokek dengan senyuman. Cair saya melihatnya.


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Masih Ingat Pasangan Kembar Yang Pernah Menjadi Viral Suatu Ketika Dahulu ?? Asiya Dan Safiya ... Makin Besar Makin Comel - Muka Buku Viral

Comments are closed.