Mengagumkan! Sekumpulan pekerja binaan menunjukkan helah yang luar biasa untuk menyusun batu bata dalam masa yang singkat

Fizik adalah salah satu cabang sains yang mengkaji fenomena alam. Mungkin ia bukan subjek kegemaran ramai pelajar ketika di sekolah tetapi fizik sangat dekat dengan kita dan hari-hari kita akan menempuhinya.

Antaranya ialah apabila bola yang dilambung dapat ditangkap semula, seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, penciptaan telefon bimbit tanpa wayar dan bermacam-macam lagi.

Kajian fizik yang dilakukan juga menjawab persoalan seperti ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ sesuatu fenomena alam itu berlaku. Sekumpulan pekerja binaan menunjukkan helah yang luar biasa untuk menyusun batu bata dalam masa yang singkat.

Helah yang mereka lakukan ialah mula-mula, mereka menyusun batu bata secara dalam barisan. Mereka memastikan batu bata diletakkan dengan sempurna supaya helah luar biasa itu akan menjadi. Kemudian, mereka menolak batu bata pertama dan biarkan ia jatuh dan menolak batu-batu lain. Caranya seperti permainan Domino.

Sebaik sahaja batu bata terakhir jatuh, secara automatiknya batu yang berada sebelumnya akan turut terjatuh. Kali ini, jatuhan batu bata menjadi lebih cepat dan lancar.

Pekerja binaan nampaknya lebih bijak dalam mengaplikasikan ilmu fizik. Mereka telah memikirkan satu kaedah yang mungkin tidak difikirkan oleh orang lain.

Era Baru


Apa Kata Anda?