Perasaan terkejut terhadap seketul batu, panda merah ini terus melakukan sebuah ‘upacara’

Seekor panda merah terkejut dengan apa yang dilihatnya, ia terperanjat yang amat sangat sehingga takut untuk mendekatinya. Walaupun hakikatnya ia hanyalah seketul batu sahaja.

Tiada siapa yang pasti apa yang menyebabkan panda merah comel ini terkejut dengan apa yang dilihatnya. Aksinya telah menjadi perhatian di sebuah taman selatan Jepun pada musim bunga lepas. Seorang pengunjung telah membuat rakaman panda merah tersebut dan memuat naik ke atas laman Twitter-nya untuk dikongsi dengan orang lain.

“Seperti ada bunyi dari luar!”

Berdiri dengan dua kakinya sambil mengangkat tangannya, panda merah itu cuba untuk menjadi besar dan menakutkan batu tersebut sebaik yang boleh. Ia sangat melucukan, kerana, satu-satunya perkara yang dia cuba menakutkan hanyalah seketul batu.

“Apakah benda ini?!”

 

“Hei, awak siapa?”

Selepas seketika berdepan dengan batu tersebut, panda merah itu mengetahui bahawa itu hanyalah sebuah batu. Kemudian ia secara perlahan-lahan merendahkan badannya dan beredar kembali ke tempatnya semula.

Era Baru


Apa Kata Anda?