TPM Wanita Pertama Malaysia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Hanya ‘Follow’ Seorang Artis Sahaja Di Instagram

Media sosial memainkan peranan penting di zaman era teknologi masa kini. Dengan kewujudan teknologi itu, segala maklumat hanya dihujung jari dan masyrakat boleh mendapatkan maklumat dengan segera.

Baru-baru ini penuh di timeline Facebook iaitu Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.  Walau bagaimanapun, beliau hanya mengikuti tujuh orang sahaja dan salah seorang dari mereka ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Wan Azizah Ismail pula menjadi tumpuan apabila beliau mempunyai lebih 200,000 orang pengikut di Instagram dan hanya beliau hanya mengikuti 46 orang sahaja, salah seorang darinya ialah pelakon dan pelawak terkenal, Jep Sephtu.

Instagram Wan Azizah.

Pengikut Wan Azizah.

Sari Yanti rasa bertuah.

Syukur Alhamdulillah ????????????. . . . #Repost @sinar_my with @get_repost ・・・ Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Hospital Rehabilitasi Cheras untuk ke Istana Negara. Layari www.astroawani.com untuk laporan lanjut dan tonton saluran 501 Awani untuk perkembangan komprehensif. Foto Astro AWANI / @shahiromar Kredit @501awani

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Sehubungan dengan itu, Sari Yanti yang merupakan isteri kepada Jep turut berkongsi rasa gembira di Insta Storiesnya.

Namun, Sari tercuit hati membaca luahan suaminya dan ketawa dengan kata-katanya.

Jep sangat gembira dengan apa yang diketahuinya namun bagaimanapun beliau seakan tidak percaya dan takut sekirannya Wan Azizah tertekan butang follow secara tidak sengaja.

“Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow (tak sengaja). Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau”

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : MediaLetop / @SoyaLemon


Apa Kata Anda?