Ia tidak mahukan apa-apa selain pelukan, pengalaman pahit kucing ini membuatkan ia ingin membalas budi penyelamatnya

Setiap kali dia melihat pemiliknya, dia akan mengangkat tangannya untuk minta dipeluk. Percayalah atau tidak, kucing ini sentiasa meminta untuk dipeluk setiap kali ia melihat tuannya balik ke rumah.

Kelakuannya melihatkan ianya menunjukkan kemesraan pada sesiapa yang melihatnya. Kucing berbulu hitam putih yang bernama Pusic, berlari dengan gembira untuk bertemu tuannya yang tersayang setiap kali melihat tuannya.

Namun, sebelum ini Pusic pernah mengalami pengalaman buruk. Pada tahun 2014, Pusic dibiarkan sendirian di atas anak tangga sebuah rumah yang ditinggalkan. Amat bernasib baik, kerana ia ditemui oleh pemilik baru rumah tersebut. Mereka memutuskan untuk memelihara Pusic.

Sungguh menyenangkan hati apabila melihat terdapat warga yang masih mengambil berat terhadap haiwan terbiar dan mengambil keputusan untuk memeliharanya dengan penuh kasih sayang.

Misi Pusic sekarang adalah untuk membayar budi kebaikan dengan banyak pelukan dan kasih sayang kepada tuannya.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?