“Jangan degil, ikut kata ibu!”, lihat ibu rakun mengatur anak-anak naik ke atas pokok yang tinggi untuk tidur

Ibu bapa yang ramai anak pasti mengetahui bagaimana rasanya apabila mengalami situasi yang kelam-kabut dan huru-hara. Bukan senang untuk mengatur anak-anak jika tidak mengajar mereka dengan disiplin.

Salah satu perkara paling sukar ialah apabila menyuruh anak-anak kecil masuk tidur pada waktunya. Dan ibu rakun ini mengajar kita bagaimana untuk mengatur anak-anak supaya berdisiplin dan mendengar kata.

Dalam satu rakaman video yang lucu, sekumpulan rakun enam beranak dilihat sedang merangkak dan memanjat satu pokok yang tinggi yang terletak di belakang rumah perakam video ini. Pokok tersebut merupakan tempat tinggal eksklusif keluarga rakun ini. Dari jauh terlihat ibu rakun sedang mengetuai anak-anaknya memanjat rumah mereka untuk berehat.

Sambil anak rakun yang paling kecil digonggong, empat ekor anak rakun yang lain mengekori dari belakang dengan langkah yang comel. Anak kecil yang pertama dimasukkan ke dalam sarang dengan baik, begitu juga dengan anak kecil yang kedua, yang mendengar kata.

Tiba giliran anak kecil rakun yang ketiga, dengan gelagatnya yang sedikit nakal dan degil, tidak mahu mendengar kata ibunya, lalu memanjat pokok dengan lebih tinggi lagi. Dan gelagatnya telah diikuti oleh saudara-saudaranya yang berada di bawah.

Mungkin ia berfikir, “Sempitlah di sini, ibu mahu kita berhimpit-himpit di dalam lubang ini, baik kita panjat lebih tinggi lagi mencari sarang kita sendiri.” Malangnya, ia bukannya berani sangat lalu terperangkap di antara pokok dan lubang itu, sambil menjerit-jerit meminta bantuan ibunya.

Ibu rakun kemudian menjulurkan kepala mencari anaknya yang degil ini. Mungkin dalam keadaan marah, ibu rakun berkata, “Bukankah ibu sudah kata, jangan degil, ikut kata ibu!”, sambil menggonggong kepala anak rakun nombor tiga yang degil ini ke dalam lubang sarang.

Kemudian ibu rakun menarik anak rakun yang keempat dan kelima masuk ke dalam rumah mereka. Mungkin ia berkata, “Jangan degil lagi, masuk ke dalam semua, tidur!”

Walaupun anak-anak rakun mahu bermain lagi, ibu rakun ini berkeras dengan tegas sambil memastikan semua anak-anaknya mendengar kata dan tidur.

Ikuti video gelagat lucu ibu rakun mengatur anak-anaknya mendengar kata dengan disiplin.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?