
Kanak-kanak memang aktif dan lincah.
Mereka juga cerdas sehingga membolehkan mereka menangkap apa yang dipelajari mereka dengan pantas. Oleh sebab itulah mereka lebih mudah terpengaruh atau meniru sesuatu dengan cepat mudah kerana mereka mempunyai memori yang kuat.
Lihat sahaja gelagat dua orang kanak-kanak ini, betapa lincah dan rancaknya mereka menari salsa membuatkan ramai yang kagum. Kevin dan Beverly dari New Jersey, Amerika Syarikat telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam tarian salsa dalam kategori usia 6-7 tahun.
Mereka bukan sahaja mempunyai bakat tetapi kebolehan mereka adalah sesuatu yang mengagumkan. Saksikan sendiri kelincahan mereka berdansa salsa, pasti ada yang rasa seperti mahu menari pula!
VIDEO:
Sumber; Era Baru
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady