Kenali kuda paling indah di dunia yang juga dikenali sebagai ‘kuda dari syurga’

Dalam kisah pahlawan dan puteri, kita selalu digambarkan dengan kehadiran kuda putih yang gagah dan sentiasa ada disamping putera raja yang menawan. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa ada kuda yang lebih indah dengan bulu-bulu yang berkilauan sehinggakan mampu memancarkan cahaya matahari yang menyinarinya. Kuda ini sememangnya kelihatan seperti kuda dari kisah dongeng!

Memperkenalkan, ‘penduduk’ asal Turkmenistan, Akhal-Teke.

Kredit: BLesInspirador

Kuda yang istimewa ini mempunyai reputasi yang hebat dari segi kelajuan, ketahanan dan kepintaran. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah dan dipercayai merupakan salah satu baka kuda yang tertua. Selain di Turkmenistan, kuda ini juga boleh ditemui di Rusia, Eropah dan Amerika Utara. Kuda berbaka ini mempunyai tiga warna asas iaitu hitam, coklat dan merah, dan kadang-kala mempunyai bintik-bintik putih.

Kredit: BLesInspirador

Kuda berbaka ini kelihatan sangat menarik kerana mereka mempunyai mata yang besar dan ekspresif, telinga yang panjang dan nipis, dan bulu-bulu yang indah, berkilauan seperti emas metalik serta bulu yang selembut sutera.

Menurut saintis, kecerahan khas yang terdapat pada kuda baka ini adalah disebabkan oleh protein-protein yang terdapat pada bulu kuda-kuda ini, yang mana ia mampu mencerminkan cahaya dan dalam masa yang sama menjadikannya kelihatan indah.

Kredit: BLesInspirador

Bilangan kuda baka ini sangat sedikit, bahkan ia juga diancam kepupusan. Di China, kuda ini dianggap sebagai “kuda dari syurga”.

Tonton video dalam entri ini untuk menyaksikan sendiri keindahan ciptaan Tuhan ini. Anda pasti akan kagum melihatnya.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?