Kucing menjaga anak ayam seperti anaknya sendiri, hati anda pasti tersentuh

Kasih sayang adalah suatu perasaan universal dan perasaan ini menyelubungi keseluruhan kehidupan manusia dan juga haiwan. Manusia dan haiwan memiliki perasaan kasih sayang dalam menjalinkan perhubungan sesamanya. Perasaan kasih sayang mengeratkan perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam fauna dan juga manusia dengan alam flora. Namun di antara haiwan dengan haiwan juga memiliki perasaan kasih sayang walaupun berlainan spesies.

Cinta datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dalam hal ini adalah anak kucing yang comel ini telah menjaga anak-anak ayam dan memperlakukan mereka seolah-olah mereka adalah sebahagian daripada keluarganya. Walaupun kelihatan seperti pelik, tetapi tindakannya itu sangat comel!

Ia berasa sangat selesa dengan anak-anak ayam tersebut sehingga ia tidur bersama mereka. Mereka kelihatan sangat gembira. Ia sedang baring di dalam bekas yang dipenuhi dengan anak-anak ayam sambil memeluk mereka.

Anak-anak ayam tersebut juga kelihatan berebut-rebut untuk berada dalam pelukannya.

Ia perlu memikirkan cara untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak ayam yang banyak itu. Jika ia tidak bersikap adil, pasti akan ada yang merajuk.

VIDEO:

Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?