Melukis lukisan perspektif tanpa menggunakan pembaris. Mari pelajari teknik ini!

Sebuah paparan video yang menunjukkan langkah untuk melukis teknik perspektif, jauh lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa menggunakan sebarang pembaris.

VIDEO:

Walaupun dengan kemajuan teknologi pada masa kini, melukis lukisan mengikut perspektif nampaknya sangat menjengkelkan. Lebih-lebih jika dilukis menggunakan teknik tradisional.

Tetapi dengan menambah elemen perspektif pada sebuah lukisan, ia akan menjadikan lukisan itu hidup dan kelihatan lebih berasas. Tanpa garisan yang lurus dan ketelitian, lukisan yang dihasilkan tidak akan kelihatan menarik.

Menggunakan tali elastik yang dilampirkan pada kertas lukisan dengan menggunakan pin kertas, teknik ini dapat membuat lakaran perspektif dengan agak tepat dan mudah. Anda sama sekali tidak perlu melakar titik garis panduan.

Pin kertas  berfungsi sebagai pemegang ataupun penahan pada penghujung tali, yang membolehkan anda untuk menarik pada mana-mana kedudukan yang diinginkan untuk melakar garisan.

Teknik ini tidak memerlukan anda menggunakan pembaris, cuba ikuti langkah seperti yang dipaparkan pada video ini. Dengan sedikit latihan dan percubaan anda pasti berjaya menguasai teknik tersebut.

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?