Membawa kesemua 7 ekor anak di belakang badan dalam satu masa yang sama, video ibu oposum ini serta merta menjadi tular!

Sebuah video yang tular yang menunjukkan seekor ibu oposum sedang membawa semua anaknya di belakangnya telah membuatkan ramai netizen berasa terharu. Jika anda belum tahu apakah itu oposum, ianya adalah binatang bersaiz kecil yang berkantung dan berbulu. Lihat video dalam entri ini untuk mengetahuinya lebih lanjut tentang rupanya.

VIDEO:

Menerusi video ini, ibu oposum itu dilihat sedang berjalan di kaki lima di Boston Timur dengan membawa tujuh ekor bayi, di belakangnya. Walaupun sedang membawa banyak anak di belakangnya, ia kelihatan berjalan dengan agak pantas, tetapi sesekali, ia perlu melambatkan pergerakannya untuk berehat. Mana tidaknya, dia membawa begitu banyak anak dalam satu masa yang sama!

Sedikit info buat anda, oposum betina lazimnya melahirkan sehingga 20 ekor bayi pada satu masa. Bayi oposum yang dilahirkan dikatakan begitu kecil bak saiz gula-gula sahaja. Pada mulanya mereka akan tinggal di dalam kantung ibu mereka, di mana mereka akan terus membesar. Kemudian, setelah mereka agak besar, ibu oposum akan membawa semua anak-anaknya di bahagian belakang badannya ke mana sahaja ia pergi. Hebat!

Kebiasaannya, anak-anak oposum akan tinggal bersama ibunya selama kira-kira 100 hari. Bapa mereka pula lazimnya akan meninggalkan ibunya bersama anak-anak mereka.

Ternyata ibu oposum adalah ibu yang sangat tabah dan hebat. Sama seperti ibu-ibu kita!

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?