Menjadikan kebun di belakang rumah sebagai pentas, abang dan adik ini begitu bersemangat mempersembahkan muzik ciptaan sendiri

Apakah permainan yang pernah anda mainkan semasa kecil bersama adik-beradik atau rakan-rakan? Pasti seronok bermain bersama rakan zaman kanak-kanak dengan permainan yang dibeli oleh ibu bapa. Atau anda mencipta sendiri permainan itu seperti pasangan duo abang dan adik ini.

Dua orang kanak-kanak ini hidup secara sederhana di kawasan kampung yang menghijau. Rumah mereka diperbuat daripada buluh dan rotan dengan pekerjaan ibu bapa mereka sebagai penanam padi dan pekebun.

Kehidupan mereka tidak mewah seperti di bandar, tetapi kanak-kanak ini hidup dengan gembira dan bersemangat di kampung sendiri dengan menggunakan segala sumber sekeliling yang mereka ada sebagai alat untuk bermain dan berseronok.

Bagi orang bandar, mereka dilihat seperti orang miskin, tetapi sebenarnya orang kampung kaya dengan daya imaginasi dan kreativiti, seperti pasangan penghibur kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak dibelikan alat muzik mewah oleh ibu bapa, tetapi mereka boleh membuat persembahan muzik bersama alat muzik dan lagu ciptaan sendiri. Siap dengan pentas yang luas dan tidak perlu disewa.

Pasangan abang dan adik ini sangat kreatif. Abangnya membuat satu set dram buatan sendiri dan bermain dengan gaya profesional, sementara adiknya memegang ‘mikrofon’ dan menjadi penyanyi. Jelas mereka ingin menjadi kumpulan artis terkenal satu hari kelak.

Apa yang menarik, si abang bukan sahaja pandai bermain dram, tetapi boleh menyanyi dengan suara serak basahnya dengan gaya yang menghiburkan. Satu persembahan hiburan yang amat menyeronokkan.

Rakaman video ini dibuat di dalam sebuah kebun dengan latar belakang pohon-pohon hijau dan sebuah pondok kecil. Di satu sudut, kanak-kanak ini dengan gembira membuat persembahan yang kreatif dan menghiburkan. Tidak perlu permainan yang mewah.

Lihat sahaja persembahan si abang dengan gaya pemain dram profesionalnya itu, dan suaranya juga merdu. Belum lagi diberikan set dram sebenar, pasti alunan muziknya menjadi lebih menarik dan bagus. Si abang ini jelas memiliki bakat dalam bidang muzik kerana dia boleh mendengar nada dan rentak dengan baik.

Tonton persembahan muzik menghiburkan daripada pasangan duo adik beradik ini. Si abang itu berbakat besar. Pasti mampu menjadi pemain dram dan penyanyi terkenal satu hari nanti.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?