Misi penyelamatan yang mendebarkan. Dalam ketakutan, kucing ini bergayut pada kabel elektrik sehingga ia terpaksa ‘dijatuhkan’

Kucing dilahirkan dengan kemahiran untuk melompat dan memanjat dengan baik. Malah, jika terjatuh dari ketinggian yang tinggi sekali pun, kucing pasti mampu mendarat dengan baik.

Namun berbeza dengan kucing yang terperangkap pada tiang elektrik ini. Ia kelihatan sangat ketakutan, keliru dan tidak mampu mencari jalan untuk turun dari tiang berkenaan.

Sesiapa yang berada dalam situasi berkenaan pasti akan kecut perut dan kasihan melihat keadaan kucing ini yang ketakutan. Kebanyakan masanya ia hanya terdiam kaku dan jika ia bergerak, kucing ini tidak tahu apa yang patut dilakukan…

Pasti kucing ini berada dalam keadaan yang panik. Jika kita yang berada di tempatnya, pasti kita juga mengalami perasaan yang sama seperti kucing tersebut.

Insiden ini telah dilaporkan kepada anggota penyelamat yang kemudiannya tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan misi penyelamatan. Sebaik sahaja tiba, salah seorang anggota penyelamat terus mendaki tangga untuk mencapai kucing berkenaan namun kerana rasa takut yang teramat sangat, kucing ini tanpa sedar telah pergi ke kawasan yang lebih bahaya!

Dengan rasa terdesak untuk menyelamatkan diri, kucing ini telah berjalan di atas kabel dan kelihatan beberapa kali hampir terjatuh. Pada ketika itu, anggota penyelamat yang lain turut berusaha dengan meletakkan kain di bawah tiang sebagai langkah penyelamatan sekiranya kucing itu terjatuh.

 Setelah sekian lama tergantung pada kabel, seorang anggota penyelamat mengambil keputusan untuk menyentuh kabel berkenaan dengan menggunakan batang kayu yang panjang, Tindakan ini mencetuskan reaksi lembut pada kabel sekali gus membuatkan kucing itu melepaskan genggamannya dan terjatuh.

Nasib baik, ia jatuh pada selimut yang dibentangkan di bawah dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebaik sahaja mendarat, kucing ini terus melarikan diri ke tempat lain.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?