Oleh kerana jalan terlalu berais dan licin mereka terpaksa merangkak untuk pulang ke rumah, lucu betul!

Musim sejuk boleh menjadi momen yang sangat ditunggu-tunggu oleh sesetangah orang. Mereka mula membayangkan untuk menikmati kedinginan salji dan kenyamanan udara ketika itu. Mereka tidak perlu berasak-asak dalam kepanasan. Mereka juga tidak perlu berpanas di bawah matahari dan apa yang penting mereka tidak perlu risau dengan peluh kerana cuaca yang terik dan bahang.

Bagi yang suka berjalan atau berbasikal pastinya lebih mudah kerana mereka tidak mudah penat, berjalan jauh pun tidak terasa penatnya cuma mereka perlu bertahan dalam cuaca yang dingin.

Cuaca sejuk memang menyenangkan tetapi jika terlalu sejuk lain pula yang berlaku. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada mereka di dalam video ini, memang melucukan!

Oleh kerana jalan terlalu berais dan licin ada yang terpaksa merangkak untuk pulang ke rumah mereka. Jika mereka berjalan seperti biasa pasti mereka akan jatuh tergelincir jadi mahu atau tidak mereka terpaksa merangkak di atas jalan. Kasihan tetapi memang mencuit hati!

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?