Pemuzik jalanan ini mempunyai gaya tersendiri dalam mempersembahkan muzik mereka, gaya mereka telah menarik perhatian ramai orang

Pemuzik jalanan bertaburan di kebanyakan bandaraya, tempat di mana melahirkan seniman yang sangat popular. Pemuzik jalanan dapat dilihat berada di tempat-tempat yang sibuk dengan manusia yang lalu-lalang dengan harapan dapat membuat bakat mereka diketahui dan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang yang terhibur dengan persembahan mereka.

Bandar New York, di Amerika Syarikat, tidak terkecuali, dan di sini anda boleh mencari Leo Pellegrino, seorang pemuzik yang kadang-kadang dapat dilihat bermain saksofon dengan gaya yang sangat menarik.

Dia adalah ahli kumpulan muzik terkenal bernama Lucky Chops, yang moto mereka ialah “muzik positif dapat mengubah dunia”. Muzik yang dibawa mereka juga unik dan juga menarik. Kelihatan ramai juga yang memberi sumbangan.

Video daripada seorang pelancong Amerika Selatan yang sebenarnya mengubah arah kumpulan ini iaitu pada tahun 2015, di mana mereka menjadi tular di internet dan telah menarik minat banyak syarikat penerbit untuk mereka melakukan jelajah negara-negara di Eropah.

Daripada video kita aboleh lihat bakat Leo yang mengagumkan, cuba fokus pada gerakan kakinya, amat hebat!

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?