Pertandingan jambatan berayun di China ini pasti menceriakan hari anda!

Ini adalah pertandingan jambatan berayun. Pertandingan yang diadakan di China ini menjadi tular kerana keseronokan melihat setiap peserta yang menyertainya. Pelbagai ragam dapat dilihat kerana pertandingan ini menguji keseimbangan dan koordinasi tubuh badan mereka.

Tempat pelancongan di bandar Ruzhou mempunyai jambatan buluh yang dibina di atas kolam cetek. Di sanalah pertandingan jambatan berayun sering dijalankan.

Selain orang tempatan, pelancong yang berani juga dijemput untuk turut serta dalam pertandingan ini. Dua buah kumpulan akan dibentuk dan setiap orang akan mengayunkan jambatan tersebut dengan tujuan menjatuhkan pihak lawan.

Bermacam-macam ragam dan kaedah yang digunakan oleh setiap peserta untuk kekal seimbang di atas jambatan yang berayun itu. Ada yang menarik baju peserta lain, ada yang memegang sisi jambatan dan ada juga yang mengayunkan jambatan tersebut dengan lebih kuat supaya pihak lawan yang terjatuh dari jambatan tersebut.

Bahagian yang paling kelakar sekali dalam pertandingan ini tentu sahaja reaksi peserta yang sudah terjatuh namun masih mahu kekal bermain di atas jambatan.

Seperti yang dilihat dalam video ini, seorang wanita terjatuh ke dalam kolam setelah tidak dapat bertahan lagi untuk kekal seimbang di atas jambatan yang berayun tersebut.

Pertandingan seperti ini memang cukup menyeronokkan. Jika mempunyai peluang, anda juga harus mencubanya.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?