Sebiji telur pada sebiji telur? Sebiji telur ayam yang amat luar biasa

Sebuah telur ayam yang bersaiz besar. Apa yang membuatnya lebih luar biasa, ketika ia dipecahkan terdapat sebiji telur diikuti dengan kuning telur.

Bagi seorang petani yang mempunyai sebuah ladang ternakan, penemuan ini mungkin adalah luar biasa bagi mereka.

Seperti dengan apa yang dipaparkan pada video ini, perkara yang sama berlaku kepada sebuah keluarga yang mempunyai ladang ternakan di barat daya Cairns, utara Queensland.

Mereka menceritakan kisah mereka tentang telur ayam ternakan mereka yang bersaiz besar dan mempunyai berat sebanyak 176 gram, tiga kali ganda lebih berat daripada telur-telur biasa.

Penemuan mereka ini menjadi lebih luar biasa apabila mereka memecahkannya dan menemui telur kedua dengan bentuk ‘sempurna’ di dalam telur besar tersebut.

Mereka berkata: “Kejadian ini memberitahu bahawa alam dunia memang menakjubkan dan juga menakutkan, apabila menemui sebiji telur seperti ini.”

VIDEO:

Sumbber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?