Seorang lelaki mula memainkan gitar dan berjaya mendapat penonton yang paling comel yang benar-benar terpesona dengan persembahannya

Anak kucing sememangnya sangat mudah terpegun dengan apa jua perkara pun. Walaupun perkara yang pada kita hanya biasa, namun, buat mereka, ianya mampu untuk membuat mereka teruja.

Samalah seperti apa yang berlaku dalam video ini. Seorang pengguna YouTube yang bernama Sami Hussein telah memuat naik video yang sangat comel ini. Menerusi video ini, seorang lelaki dilihat sedang menyanyi sambil bermain gitar.

Lelaki itu menyanyikan lagu yang terkenal di suatu ketika dahulu, yang bertajuk Keindahan Pantai, nyanyian asal oleh M. Shariff. Namun, bukan itu yang menarik dan melucukan. Jika diperhatikan, terdapat empat ekor anak kucing yang duduk memerhatikan lelaki ini membuat persembahan. Comel!

Keempat-empatnya hanya kaku duduk di hadapan lelaki ini dan begitu fokus. Kami yakin sekali bahawa kucing ini terpegun melihat tali-tali gitar yang dipetik oleh lelaki ini. Namun, kami tidak dapat menolak kenyataan bahawa momen ini sangat lucu dan terlalu comel!

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?