Setiap kali lagu kebangsaan Rusia dimainkan kucing putih ini terus berdiri tegak, memang kucing yang bersemangat patriotik!

Ramai yang mengatakan mereka cinta akan negara tetapi masih lagi melakukan hal-hal yang tidak bermoral. Ada yang membuang sampah merata-rata dan ada juga yang melakukan vandalism. Inikah bukti yang mengatakan mereka cinta akan negara?

Nampaknya kucing putih dalam video ini lebih patriotik daripada kita. Mana tidaknya setiap kali lagu kebangsaan Rusia dimainkan dia akan terus berdiri tegak seolah-olah menghormati lagu tersebut.

Ketika korus mula dinyanyikan; “Rusia, tanah suci kita, Rusia, negara tercinta kita,” anak kucing berdiri di kaki belakangnya, menaikkan dua kaki depannya dan mengekalkan kedudukan yang sama sehingga habis.

VIDEO:

Video tersebut telah ditonton jutaan kali dan ada netizen yang mengatakan bahawa “kucing itu lebih bersifat patriotik berbanding kebanyakan orang,” selepas menonton video tersebut.

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?