Setiap pagi seekor anak rusa akan mengetuk pintu rumah wanita ini, untuk menikmati sarapan yang enak

Setiap orang mempunyai rutin yang tersendiri dalam meneruskan kehidupan. Menjalani rutin yang sama bertujuan untuk mengasah minda dari mengelak menjadi lupa, dan semuanya bermula di waktu pagi. Bagi keluarga ini, amalan rutin mereka di waktu pagi agak pelik dan berbeza dari kebanyakan orang lain. Amalan rutin yang membabitkan pemberian sarapan kepada seekor anak rusa!

Ya, keluarga ini memiliki seekor anak rusa liar cantik yang mempunyai hubungan istimewa dengan mereka dan ia tidak pernah gagal mengetuk pintu rumah mereka untuk mendapatkan sarapan.

Setiap pagi, anak rusa yang comel ini akan keluar dari hutan berdekatan untuk bertemu seorang wanita di dalam rumah ini yang bertanggungjawab menyediakan sarapannya.

Wanita ini akan keluar sebentar di hadapan rumahnya untuk melihat sama ada kawan rusa kecilnya berada berdekatan. Seperti juga seekor anjing, anak rusa ini dengan gembira  akan keluar dari hutan dan berlari menuju ke arah wanita tersebut seperti haiwan yang jinak.

Anak rusa datang menikmati sarapan pagi sama seperti manusia dan ia menjadi satu aksi yang sangat comel.

Anak rusa ini akan mengikut wanita tersebut masuk ke dapur rumahnya dan menunggunya menyediakan sarapan yang disediakan di dalam botol.

Katanya, “Kami sudah biasa menyediakan sarapan untuknya setiap pagi, kadang-kadang makan tengahari… dan makan malam!”

Anak rusa ini kehilangan ibu sejak kecil kerana dibunuh pemburu. Tetapi ia menemui keluarga yang menyayanginya dan wanita ini mungkin dianggap seperti ibunya sendiri.

Bagaimana seorang wanita dapat menjalin hubungan kekeluargaan yang unik dan hebat bersama seekor anak rusa, sehingga ia tidak pernah lupa untuk datang bertemu wanita ini setiap hari.

Satu perhubungan indah dan comel lagi unik untuk dilihat.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?