Si kecil berasa dia tidak bersalah, cuma seronok dilayan bagai raja di spa mentega kacang kakaknya

Apabila anak-anak kecil dibiarkan bersendirian, macam-macam perkara yang boleh mereka lakukan dengan menggunakan daya imaginasi masing-masing. Kadangkala kita mahu memarahi mereka tetapi tidak pula berasa sampai hati, sebaliknya berasa geli hati melihat keletah dan wajah tidak bersalah mereka yang amat melucukan. Seperti si kecil Ethan ini dan kakaknya yang terlebih bijak…

Ini adalah si kecil Ethan. Si kakaknya, Emily yang berjiwa bebas berfikir badan dan muka Ethan patut dilumurkan dengan sedikit mentega kacang.

Kredit : Facebook

Sebagai ibu bapa, meninggalkan anak-anak kecil yang nakal bersendirian tanpa pengawasan untuk seketika dalam beberapa saat dan minit, mampu mencetuskan huru-hara.

Kasihan pula melihat Ethan ini, walaupun nakal tetapi sebenarnya dia tidak mengerti apa-apa. Cuma nasib Ethan yang amat bertuah memiliki seorang kakak yang bijak dengan fikirannya dipenuhi imaginasi. Emily berfikir sebuah spa mentega kacang patut dibuka.

Nasib baik Ethan berasa seronok badan dan mukanya dilumur mentega kacang. Terasa lazat dan manis.

Bijak benar kakak Ethan ini. Lihatlah wajah tidak bersalah itu. Siapa sahaja yang tidak mahu tergelak melihat wajah dan badan dilumur mentega kacang begini…

Mari lihat video lucu ini di bawah.

Sumber : BuzzFeed/ Facebook/Gina Gardner Brown

Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?