Video comel seekor kucing yang tiba-tiba berkelakuan baik terhadap tuannya, sebenarnya ada motif di sebaliknya

Apabila anak-anak ingin meminjam kereta, misalnya, atau mahu meminta wang, inilah yang mereka lakukan: Langkah 1: Lakukan sesuatu yang sangat baik (biasanya secara tiba-tiba), seperti mengemas rumah dan membersihkan meja makan tanpa diminta. Langkah 2: Berikan sedikit masa supaya tidak kelihatan drastik atau tiba-tiba. Langkah 3: Membuat permintaan.

Kredit: Facebook

Itulah yang dilakukan oleh kucing ini, dan pada mulanya ia melakukannya dengan baik, menyentuh tuannya, menggosok kepalanya yang gebu ke arah pipi tuannya dan bahkan menjilat manja dengan penuh kasih sayang. Sesetengah kucing benar-benar bersifat menyayangi, tetapi kucing ini sebenarnya mempunyai motif yang lain. Apabila kamera diarahkan ke meja, sebenarnya ada sesuatu di atas meja yang menarik minatnya:

Kredit: Facebook

Terdapat peha ayam di atas meja yang menarik perhatiannya. Namun, rancangannya tidak membuahkan hasil kerana terlalu gopoh. Tuannya mendapat tahu niat sebenarnya.

Kredit: Facebook

Ketika ia mahu mencapai peha ayam tersebut, tuannya memarahinya dengan berkata ‘tidak’ kepadanya. Kemudian ia kembali mengusap kepalanya pada pipi tuannya tanda ‘minta maaf’.

Anda pasti tertanya-tanya adakah tuannya akan berkongsi peha ayam itu bersama kucingnya yang kelihatan begitu kempunan.

Tonton video tersebut di bawah:

Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?