[6 FOTO] Airmata Ayah Ratapi Permergian Anak Tersayang

Batu Pahat : Seorang remaja meningg4al dunia apabila motosikal yang ditunggang telah terlibat kemalangan dengan sebuah lori sawit dalam kejadian petang semalam di Kg Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat.

Dalam kemalangan itu remaja yang bersekolah menengah tersebut meningg4l ditempat kejadian apabila tangan kanan nya terputus dari pangkal bahu dan tersangkut pada bahagian tepi lori muatan sawit itu akibat bergesel semasa kemalangan itu.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis modenas kriss meningg4l dunia ditempat kejadian akibat pendarahan yang banyak akibat dari bahu nya terputus impak kemalangan.

Apa yang paling memilukan, kejadian tragis itu turut disaksikan oleh ayah mangsa dan juga kakaknyan yang tiba ditempat kejadian setelah dimaklumkan apa yang menimpa anaknya.

Ayah mangsa merupakan seorang anggota polis dan ibu nya merupakan CI di Hospital Pantai Batu Pahat, apa yang berlaku mengudang pilu keluarga ini tidak disangka anak lelaki mereka telah terlibat dengan kemalangan ngeri ini sehinggakan meragut nyawanya.

Mengikut sumber mangsa merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik permergian mangsa mengudang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali mangsa dan keluarga mangsa.

Orang ramai juga memohon Netizen menghentikan menyebar gambar-gambar ngeri kemalangan yang tidak dikaburkan di media sosial bagi menghormati keluarga mangsa yang tengah bersedih atas apayang berlaku kepada anak mereka.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib diharap En Jaafar dan Puan Zuraidah tabah dengan dugaan yang menimpa keluarga mereka semoga roha anak lelaki nya tenang disana. Al fatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : AccidentPortal via SoyaLemon


Apa Kata Anda?