[VIDEO] Alunan Merdu Al-Quran Dari Akak Polis Soffwany Yusoff Tarik Perhatian Netizen

Biasanya  seseorang wanita itu dalam pakaian uniform mesti kita gambarkan sikapnya tegas dan garang. Tetapi gadis manis berhijab yang memakai uniform polis ini lain pula ceritanya. Cerita Soffwany Yusoff menjadi viral gara-gara baru-baru ini dia menyanyikan lagu popular Wany Hasrita, menahan Rindu hingga mendapat 1.5 juta tontonan di laman youtube. Bukan sahaja memiliki suara yang sedap, anggota polis ini juga mempunyai seraut wajah yang manis.

Soffwany adalah merupakann salah seorang anggota polis dalam cawangan pancaragam muzik. Dia yang masih muda ini mempunyai ramai pengikut di laman sosial instagram. Mesra dengan panggilan Wany yang juga seperti gadis lain, jika tidak bekerja dia gemar sekali berselfie dan memuat turun foto di laman IGnya. Buat masa ini gadis manis ini mempunyai follower sebanyak 76.5K dan dia juga telah dilamar menjadi artis syarikat rakaman.

Menurut Wany lagi atau turut membahasakan diri sebagai ‘akak polis’ dia sebenarnya sudah minat menyanyi sejak kecil lagi. Menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya tetapi rezekinya untuk bergelar penyanyi ketika itu tidak kesampaian apabila mendapat tawaran sebagai anggota polis pada usianya 18 tahun.

Namun tatkala dengan nyanyian Wany juga diberi bakat mengaji Al Quran dan moga kita doakan Wany bejaya dunia akhirat.

VIDEO :

selalu dgr soffwany menyanyi arini dgr soffwany mengaji pulak ye.. maaflah masih dlm proses belajar tajwid dan tarannum… jom sama2 dgr surah ar rahman.. semoga kita semua dalam lindunganNya… amin… #akakpolis #suriarecords #suraharrahman

A post shared by Soffwany Yusoff (@soffwany_yusoff) on

Komen Netizen :

“Terbaik bacaan, lagu mcm syle indonesia”

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG soffwany Yusof via Newscoviral


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] Alunan Merdu Al-Quran Dari Akak Polis Soffwany Yusoff Tarik Perhatian Netizen - Penjejak

Comments are closed.