[VIDEO] Bapa Tertinggal Anak Di Atas Meja Setelah Selesai Makan Bersama Ahli Keluarga Yang Lain Di Kedai Makan

Pernah atau tidak anda khusyuk berbual bersama ahli keluarga sehingga membuatkan anda tertinggal ‘sesuatu’ di kedai makan? Tular di laman Twitter, dipercayai keluarga ini tertinggal anak lelakinya yang nyenyak tidur dan dibiarkan di atas meja makan kedai itu.

Kejadian berlaku di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka apabila peniaga perasan seorang kanak-kanak lelaki terbaring atas meja makan. Bagaimanapun, ayah kepada adik ini tersedar ketiadaan anaknya sesudah tiba di Jonker Walk. Kesiannya adik ini…
Menurut Rizarul (@rizarul), kejadian itu berlaku di Medan Ikan Bakar Alai, Melaka dan beliau sendiri tidak menyangka insiden seperti ini boleh berlaku.

“Biasanya orang tertinggal handphone, wallet, sampah sarap, dulang + bekas makanan. Tetapi kali ini tertinggal anak woii!!” tulisnya.

Bagaimanapun kes itu selesai apabila keluarganya berpatah balik mengambil semula anak mereka yang tertinggal.

“Baru dapat call dari parents, baru perasan anak dia tertinggal. Kes selesai, bapanya datang ambil,” tulisnya.

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan perkara lain sehingga terlupa pada anak sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

 

Kali ini tertinggal anak

Baring ketiduran

VIDEO :

Baru perasan anak tertinggal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : @rizarul via citemalaya


Apa Kata Anda?