Diuji Anak Kurang Dalam Akademik, 4 Tahun Ibu Cari Jalan, Akhirnya….

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last. Perkongsian dari Puan Ainizan Abdul Talip amat menyentuh hati.

Usaha ibu ayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. XDE beza. Cuma yg beza adalah penerimaan ibu dan dia.

4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tgk result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.

Tengah tahun hari tu, masa jumpa tgk report card. Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.

“camne saya nk buat anak saya ni cikgu”

Aku yg paling lama jumpa cikgu, sebab xde ibubapa pun selepas aku. Ibubapa juga double standart kan ank2… Mgkin dorang dah redho. Baik x payah gi, result sama!

Aku x bole! Anak aku. Takkan aku nk biarkan ank aku macam tu.

“Saya sehabis dah buat yg terbaik Apa yg kakak dia dapat, dia dapat. “apa saya nak buat lagi cikgu”…😭😭😭😭

“cikgu, boleh ke saya bawa dia keluar kat tahfiz, sekurangnya dia dapat 1 thn ni dari dia x dapat ape2.

Bermula situ, cari sekolah yg terbaik. Tanya kawan, tanya akak.

Last akak cakap, ko cari Assofa. Start buat research sikit dan terus cal Assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send.

Setiap hari berdoa ” kau bagilah laluan ank aku sekolah tahfiz terbaik. X pernah lekang setiap kali berdoa. 😭😭

Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi intervw pun diterima. Ada juga murid yg x diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa.

Hari ini… Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga airmata ibu.

Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, airmata xhenti nk mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama2 naik tocang.
Nasib tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yg tumpah. Bukan nk pomote, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu xde….

Allah bg ujian anak ibu x cerdik, tapi ibu bangga abg boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah.

Allah… Doakan anak ini terus istiqamah menjaga agama mu.

Jadikan dia anak yg soleh yg boleh membawa ayah dan ibu ke syurga.
Jadikan dia anak yg membantu seluruh keluargaku ke syurga.

4 Tahun Cari Jalan…

Saya tulis kisah saya ni cuma nak share 4 tahun saya cari jalan untuk anak saya. Tak sangka ramai juga parent seangkatan dengan saya.

Selalu hujung tahun, kita lihat parent share yg semua A dalam subject. So saya ambil pendekatan lawan arus sikit, anak saya yang kurang dalam akademik. Saya bangga dengan dia. Sebab tak semua orang boleh buat macam dia.

Dalam masa yang sama, saya nampak kekuatan dia dlm bidang hafazan dan kemahiran.

Ada yang komen, pusat tahfiz tidak sepatutnya dilonggokkan pelajar yang lemah disitu. Supaya nampak gah untuk golongan pandai.

Jika anda tidak pernah dapat ujian seperti anak saya, memang anda akan bercakap begitu!

Tapi dia bagi ujian pada saya supaya ada jalan keluar untuk anak-anak yang begini. Kita nak biarkan ank kita selamanya macam tu ke?

Rupanya ya Allah ramainya parent seperti saya.

Ramai juga yang pm, semua cakap ada masalah macam anak saya…

Semasa saya menulis tu, mmg sya tulis dari hati saya, macam mana sya struggle cari jalan keluar untuk anak saya. Yang saya nmpak jalan dia hanya di tahfiz. Cuma saya berdoa dia permudahkan jalan tahfiz terbaik.

So kepada ibu bapa macam anak saya, anda sendiri akan rasa ketenangan bila anak di tahfiz, cuma kita parent suport yang selagi boleh, dari kewangan, tenaga, masa…

Wahallaualam.

Sumber: yoy.my


Apa Kata Anda?