[VIDEO] “Pergh Besarnya! Ini Kalau Buat Kenduri Cukup Untuk Sekampung..”

“SAYA hanya terbayang buaya ketika cuba mengangkat pukat yang berat, tetapi sebaik timbul saya gembira apabila melihat ikan tapah yang sangat besar,” kata nelayan sungai, Abdul Wahab Zakaria, 60.

Abdul Wahab dari Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, dekat Baling, berjaya menangkap ikan tapah seberat 100 kilogram (kg) ketika memukat bersama anaknya, Mohd Zubir, 29, di Sungai Ketil, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dia yang juga dikenali sebagai Wahab Udang berkata, kebiasaannya pukat yang dipasang akan menaikkan ikan lampam, belida dan patin, tetapi tidak disangka rezekinya mendapat ikan tapah yang turut digelar penghulu ikan hari ini.

“Saya mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengangkat ikan tapah itu masuk ke dalam bot kerana ia terlalu berat dan licin sehingga memaksa kami menggunakan tali mengikat lembu untuk diikat pada bahagian kepala ikan itu.

“Selama lebih 20 tahun menangkap ikan, ini kali pertama saya berjaya menaikkan ikan tapah sebesar ini kerana kebiasaannya hanya ikan tapah seberat 20 hingga 25 kg dapat ditangkap,” katanya ketika ditemui NSTP.

Bapa kepada empat anak itu berkata, tangkapan itu membuktikan masih banyak ikan tapah di dalam sungai berkenaan walaupun ramai yang mengatakan ia tidak wujud.

“Saya menjual ikan terbabit kepada kepada pengusaha restoran masakan Cina di Sungai Petani pada harga RM40 sekilogram dengan harga keseluruhan kira-kira RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zubir yang kerap menemani bapanya berkata, ini adalah pengalaman paling berharga kerana berpeluang melihat tapah sebesar itu di depan matanya sendiri.

“Saya berharap dengan rezeki yang diperoleh hari ini membolehkan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat hasil lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

VIDEO PENUH :

Perghhh… besar nya… ni kalau buat kenduri untuk sekampung….

Perghhh… besar nya… ni kalau buat kenduri untuk sekampung…. sebulan tak habis…

Posted by Budak Kampung TV on Wednesday, December 13, 2017

Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : 90Minit via SoyaLemon


Apa Kata Anda?