Lelaki Ini Melamar Kekasihnya Dalam Kemeriahan Penyokong Malaysia Meraikan Kejayaan Di Stadium Bukit Jalil.

Piala Suzuki AFF 2018 iaitu kejohanan bola sepak Asean yang diadakan setiap dua tahun sekali kini sudah memasuki edisi ke 12 akan membuka tirai aksi bagi negara bertanding bermula pada tarikh 8 November hingga 15 Disember 2018.

Untuk edisi tahun 2018, format pertandingan AFF Suzuki Cup akan mengalami sedikit perubahan di mana setiap negara akan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan pada peringkat kumpulan. Pada edisi sebelum ini, satu negara dalam sesebuah kumpulan akan menjadi tuan rumah untuk peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Malaysia di bawah kendalian jurulatih, Tan Cheng Hoe telah diundi di kumpulan A pada majlis undian yang diadakan pada 2 Mei yang lalu di Jakarta. Keputusan undian sekaligus menyaksikan Malaysia berjaya mengelak daripada berada di kumpulan maut iaitu bertemu Thailand. Indonesia dan Singapura pada saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2018.

Menyedari hanya kemenangan bakal membuka laluan ke separuh akhir, skuad negara mula mengatur gerakan sejak awal dalam usaha untuk memecahkan benteng pertahanan Myanmar.

Selepas percubaan kapten, Zaquan Adha Abd Radzak diselamatkan oleh penjaga gol, Kyaw Zin Htet pada minit ke-23, gol pertama pasukan tuan rumah hadir tiga minit selepas itu.

Sepakan pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh terkena palang, namun penyerang, Norshahrul Idlan Talaha berada tepat pada masanya untuk menolak masuk bola lantunan itu ke dalam gawang untuk menggamatkan 80,000 penyokong Harimau Malaya.

Ia jaringan keempat Norshahrul atau dikenali sebagai Mat Yo selepas membantu Malaysia menewaskan Kemboja 1-0 dan Laos 3-1 sebelum ini.

Namun pintu gol negara cemas seketika apabila Myanmar kendalian jurulatih Jerman, Antoine Hey hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-42, namun Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan sepakan Aung Thu.

Skuad Harimau Malaya menutup babak pertama dengan kedudukan 2-0, selepas pertahanan pasukan pelawat Lwin Moe Aung menjatuhkan Safawi Rasid di dalam kotak penalti.

Zaquan yang menggalas tugas untuk menyempurnakan sepakan penalti lega apabila bola sepakannya terkena kiri sebelum bergolek ke dalam gawang.

Malaysia terus menguasai permainan pada babak kedua, namun hanya berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-87, apabila bola yang cuba dikeluarkan pertahanan Myanmar terkena kepala Zaquan sebelum masuk ke gawang.

Di peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung secara timbal balik bermula 1 Disember ini, lawan Malaysia bakal ditentukan sama ada Thailand, Filipina atau Singapura yang kini merebut slot ke separuh akhir dalam Kumpulan B.

Pada video durasi pendek pada kali ini, kita dapat lihat yang kini tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang melamar kekasihnya. Melamar Kekasih itu perkara yang sukar dilakukan seseorang lelaki yang pemalu. Namun, berbeza pada kali ini. Lelaki ini dengan tenang melamar kekasihnya sambil dirakam pula. Jom Lihat gelagat mereka dalam video durasi pendek dibawah :

VIDEO :

Lelaki Ini Lamar Teman Wanitanya Ketika Penyokong Lain Meraikan Kejayaan Malaysia Dalam Perlawanan AFF Suzuki Di Bukit Jalil

Wahh timing dia kena betul, nanti kalau Malaysia masuk final boleh try nih hihi

Posted by Gelak Sakan on Saturday, November 24, 2018

Jom lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen video durasi pendek tersebut, rata rata nya mengucapkan tahniah pada skuad kebangsaan dan tidak terlepas memuji pasangan manis ini.

Special momment for malaysia and this couple

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG AFF Suzuki via Ariana Rose


Apa Kata Anda?