[VIDEO] Setiap Pagi, Lelaki Ini Berjalan Diikuti Oleh ‘Anak-Anak’ Yang Comel

Kebiasaannya, kita akan menjadi kucing, anjing, burung mahupun arnab sebagai haiwan peliharaan. Membela itik di rumah bukanlah satu perkara yang acap kali dilihat.

Namun, sebaik sahaja anda menonton video lelaki ini bersama itik-itik peliharaannya, anda pasti teruja untuk menjadikan binatang ini sebagai peneman baru anda di rumah.

Sejak anak-anak itik ini menetas, lelaki ini telah memberikan sepenuh kasih sayang dan penjagaan yang rapi kepada haiwan-haiwan comel itu.

Dia menjaga bagai menatang minyak yang penuh sekali gus membuatkan anak itik ini menyangka lelaki itu adalah ibu mereka!

Buktinya, apabila orang lain cuba untuk memanggil anak-anak itik itu, tiada seekor pun yang mempedulikannya.

Betul-betul seperti anak itik mengekori ibunya…

VIDEO : 

Comel sungguh! Seronok rasanya melihat lelaki ini dikelilingi itik-itik yang jinak…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : YT SBS TV via EraBaru


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Setiap Pagi, Lelaki Ini Berjalan Diikuti Oleh ‘Anak-Anak’ Yang Comel - Resepi Viral

Comments are closed.