Pemandu Grab Tidak Ambil Upah Daripada Lelaki Berkerusi Roda

PETALING JAYA – “Terima kasih atas budi baik pemandu Grab yang tidak mengambil sesen pun duit tambang”.

Kata-kata itu diluahkan oleh pemilik Facebook, Zamri Mohamed Orgpayrock yang menghargai jasa baik seorang pemandu Grab, Hanif Rosli telah menghantarnya pulang ke rumah dari Hospital Kuala Lumpur.

Kisah sifat pemurah Hanif itu tular di media sosial hingga mendapat pujian netizen.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu Grab ini telah mengambil saya dalam keadaan berkerusi roda di Hospital Kuala Lumpur.

“Waktu hujan lebat, dia telah menghantar sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau satu sen pun dari saya,” katanya yang sepatutnya perlu membayar sebanyak RM24.

Menurut Zamri, Hanif sanggup bersusah payah membantu mengangkatnya masuk dan keluar dari kereta.

“Nampak dia berpeluh-peluh…Semoga ALLAH SWT memudahkan perjalanan dan memurahkan rezekinya sekeluarga,” katanya.

Perkongsian Facebook itu meraih 79,000 tanda suka, 17,677 perkongsian dan 14,000 maklumbalas dari  netizen.

Netizen Ieda Ali, mendoakan kedua-dua insan ini sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati.

Bagi Kamarul Azmi, katanya, tindakan pemandu Grab bukan semata-mata untuk wang ringgit tetapi memiliki sifat dan hati yang baik.

VIDEO :

Pemandu Grab Tidak Ambil Upah Daripada Lelaki Berkerusi Roda

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan terus melakukan kebaikan bro.Sumber : Sinar Harian

Posted by Gelak Sakan on Monday, October 15, 2018

Antara komen netizen

Ikhlasnya. Bersih hati pemandu grab tu membantu…

Amat mulia hati budi pemandu grab berkenaan…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Sinar Harian / FB Zamri Mohamed Orgpayrock


Apa Kata Anda?