‘Penjinak Kerbau’ Muda Dari Terengganu Gembira Popularitinya Bantu Perluaskan Rezeki Bapa

Setiap hari, pelbagai perkara berlaku di sekeliling kita dan dengan kuasa kecanggihan teknologi dan penggunaan media sosial yang semakin meluas, bermacam-macam perkara boleh menular dengan cepat!

Ketika ini, sedang menular di internet adalah gambar seorang remaja lelaki bernama Syukur bersama beberapa ekor kerbau peliharaan bapanya. Gambar berkenaan dikatakan menular secara global sehingga dipilih sebagai pemenang 20 Gambar Terbaik Dunia dan menjuarai peringkat Asia!

NST

Dikhabarkan gambar tersebut telah diambil oleh seorang jurugambar profesional bernama Mohd Nazri Sulaiman yang menamakan projek tersebut sebagai Sharing Emotions.

Pada tahun lalu, Sharing Emotions telah menyertai anugerah fotografi antarabangsa berprestij tinggi iaitu Siena International Photo Awards yang diadakan di Itali. Seramai 48,000 penyertaan dari 156 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan gambar Sharing Emotions berjaya menggondol anugerah istimewa bagi kategori Wajah dan Karakter Menarik.

NST

Di samping itu, gambar Syukur yang merupakan pelajar SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini turut menerima penganugerahan daripada Asian Geographic : Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan.

Menurut jurugambar berkenaan, Syukur bukan sahaja ‘berkawan’ dengan kerbau tetapi juga haiwan ternakan bapanya yang lain seperti kambing, lembu, angsa dan juga burung. Malah, Syukur juga kelihatan sangat serasi dengan haiwan-haiwan apabila gambar-gambar yang ditangkap itu mempamerkan kemesraan antara Syukur dan haiwan berkenaan.

NST

Jelas Nazri, sepanjang kariernya dalam dunia fotografi, belum pernah dia melihat seorang kanak-kanak berusia 14 tahun mampu berkawan dengan 70 hingga 80 ekor kerbau pada satu masa. Malah, setiap haiwan ini mempunyai nama masing-masing!

Awang, Wahab, Saat dan juga Boy merupakan antara haiwan kesayangan Syukur dan seringkali tidur bersebelahannya.

SIPA Contest

Menurut anak bongsu daripada lapan beradik ini, “Saat si kambing sangat rapat dengan saya. Selepas tiga hari dilahirkan, ibunya mati dan sayalah yang memberikan susu kepadanya setiap hari dan saya juga yang menjaganya sehingga adakalanya saya membawa Saat ke dalam rumah untuk tidur bersama”.

Penularan gambar ini turut mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli yang amat terpesona serta mengagumi hasil gambar tersebut. Beliau turut sempat mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan juga pencapaian yang diperoleh menerusi gambar tersebut di Facebooknya.

Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

“Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani. Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat”.

Sementara itu, Mohd Syukur menjelaskan bahawa dia sering mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63 tahun ke kandang kerbau yang terletak di Kampung Kubang Bujuk sejak berusia empat tahun lagi.

Facebook Nazri Sulaiman

“Ada orang ingat saya ada tarikan yang membuatkan haiwan-haiwan ini mendengar cakap saya. Mungkin mereka ingat bahawa memandangkan saya sudah biasa dengan haiwan ini sejak kecil, jadi mereka kenal siapa saya dan mendengar kata,”kata Mohd Syukur.

Jelasnya lagi, “Saya bukan sahaja berkawan baik dengan kerbau tetapi saya juga rapat dengan lembu, kambing dan juga angsa yang bapa saya ternak. Untuk sesi fotografi, jurugambar memilih kambing kerana kami ada lebih daripada 100 ekor”.

Syukur dan keluarganya turut meluahkan rasa gembira dan tidak pernah meminta bayaran tertentu di atas kemenangan gambarnya di dalam pertandingan berkenaan. Bagaimanapun, jurugambar tersebut tetap memberikan RM1,000 kepadanya sebagai ganjaran.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: NST, SAYS via EraBaru


Apa Kata Anda?