[VIDEO] Lihat Respon Burung Kakak Tua Ini Saat Pemiliknya Tiba-Tiba Menghilang

Kini terdapat cabaran Internet terbaru yang dikenali sebagai Fluff Challenge. Caranya adalah pemilik haiwan peliharaan memegang selimut di depan haiwan peliharaan masing-masing, kemudian melepaskan selimut tersebut dan berlari dengan pantas supaya ia kelihatan seperti mereka telah “hilang”, dalam usaha untuk mendapatkan reaksi daripada haiwan kesayangan seperti anjing, kucing, burung atau haiwan lain yang dimiliki

Dalam video ini, seorang lelaki dilihat berdiri dengan sehelai selimut merah. Dia memegang selimut itu untuk menutup dirinya di depan burung peliharaannya yang bertenggek di atas sofa dan menurunkannya untuk menunjukkan bahawa dia masih ada. Ia mengulanginya sebanyak dua kali. Sehinggalah kali ketiga, dia terus berlari sebelum menurunkan selimut tersebut untuk bersembunyi.

Tidak lama kemudian, ia menjerit sambil mengibaskan sayapnya seakan-akan berkata: “Tolong, tolong!” Kemudian Angel berjalan di sekeliling sofa untuk mencari tuannya, tetapi tidak ditemui. Ia kelihatan sangat tidak keruan dan risau.

Akhirnya, tuannya muncul semula dan haiwan kesayangannya itu berhenti menjerit. Ia kelihatan sedikit marah pada tuannya kerana terlalu risau, tetapi juga berasa lega kerana tuannya selamat.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : EraBaru & YT SorotanTv


Apa Kata Anda?